Lybrary.com: ebooks and download videos Search All  Title  Author 
Home / Nonfiction / Mathematics / Logic

Reasoning Techniques

$4.30
| £3.60 | €4.12 | Ca$5.77 | Au$5.85
by Lok Chong Hoe
What is this?DRM-EPUB | by download   add to wish list
Reasoning Techniques by Lok Chong Hoe

Tajuk yang dibincang dalam buku ini bukanlah suatu kursus tentang logik formal (atau logik bercorak simbol). Ia hanya bertujuan memilih dan membincangkan beberapa teknik dan kemahiran daripada bidang logik yang mempunyai aplikasi yang luas. Teknik dan kemahiran tersebut dapat membantu golongan yang mengikuti bidang ini berfikiran lebih jelas, membezakan tentang perkara (atau pendapat) yang berlainan, berhujah secara betul dan berkesan, menganalisis dan menilai hujah yang disampaikan oleh orang lain, mengenal pasti falasi yang terkandung dalam hujah yang lemah dan lain-lain lagi.

Bagi mencapai tujuan tersebut, kursus ini akan menumpukan perhatian kepada perkara-perkara seperti perbezaan antara kemungkinan logik dengan kemungkinan fizikal (kerana kebolehan berfikir dan berhujah secara logik bergantung kepada corak penalaran yang betul dan berkesan. Teknik ini tidak bergantung kepada fakta atau perbezaan antara pernyataan benar dengan pernyataan yang tidak benar walaupun ia mempunyai aplikasinya kepada bidang yang mengkaji fenomena yang wujud atau berlaku di dalam dunia ini, termasuk kajian sains kemasyarakatan, sejarah manusia, dan juga bidang seni), hujah deduktif yang bercorak silogisme, membezakan antara hujah silogisme yang sah dengan yang tidak sah, penggunaan gambar rajah Venn sebagai satu cara untuk menentukan kesahan sesebuah hujah, perbezaan antara kesahan dengan kebenaran, hujah deduktif yang bercorak modus ponens dan modus tollens, pertalian logik antara pernyataan (seperti pertalian bercorak kontrari, kontradiksi, kontradiktori, implikasi, subkontrari, konsistensi, dan lain-lain). Di samping itu, kursus ini juga akan mengkaji perbezaan antara penalaran bercorak deduktif dengan penalaran bercorak induktif (ini suatu perkara yang berfaedah kerana terdapat bidang tertentu termasuk bidang sains dan sains kemasyarakatan yang menggunakan hujah bercorak induktif untuk menyokong. hipotesis atau teorinya), perbezaan antara syarat perlu dengan syarat mencukupi, cara mendefinisikan istilah atau konsep, cara mengidentifikasikan kelemahan hujah termasuk falasi tidak formal, cara mencabar dan menentang hujah yang lemah dengan menggunakan contoh lawan dan hujah lawan, maksud hujah yang bercorak dilema, dan lain-lain lagi.

Dengan meninjau sambil membincangkan teknik-teknik berfikir ini, kursus ini akan menolong para pelajar berfikir secara lebih kritis dan berkesan.

To view this DRM protected ebook on your desktop or laptop you will need to have Adobe Digital Editions installed. It is a free software. We also strongly recommend that you sign up for an AdobeID at the Adobe website. For more details please see FAQ 1&2. To view this ebook on an iPhone, iPad or Android mobile device you will need the Adobe Digital Editions app, or BlueFire Reader or Txtr app. These are free, too. For more details see this article.


SHARE  Share by Email  Share on Facebook  Share on Twitter  Share on Linked In  Share on Delicious
or call in the US toll free 1-888-866-9150 product ID: 665723

Ebook Details
Pages: 158
Size: 1.2 MB
Publisher: Penerbit USM
Date published:   2014
ISBN: 9789838617758 (DRM-EPUB)

DRM Settings
Copying:not allowed
Printing:not allowed
Read Aloud:  not allowed

This product is listed in the following category:

Nonfiction > Mathematics > Logic

If you find anything wrong with this product listing, perhaps the description is wrong, the author is incorrect, or it is listed in the wrong category, then please contact us. We will promptly address your feedback.

01/17/2017
© 2017 Lybrary.com